welcome



Tuesday, June 28, 2011

: MENCINTAI & DICINTAI


Kebahagiaan bukanlah sesuatu yang mudah kita kecapi, apatah lagi
sekiranya kita mengimpikan kebahagiaan yang sejati sepanjang hidup.
Ianya amat sukar, namun bukan bererti tiada langsung peluang untuk
kita gapai…..
Apabila kita bertemu dengan insan yang benar-benar kita sayangi dan
kita mengharapkan seribu kebahagiaan yang mungkin kita perolehi
daripadanya, mungkin suatu hari nanti dia akan berpaling dan
mengecewakan hati kita. Namun, apabila kita dianugerahkan dengan
kehadiran seorang insan yang benar-benar menyayangi dan luhur
kasihnya pada kita…apa mungkinkah kita juga akan kasih dan sayang
akan dirinya?? Bagaimanakah pula nanti sekiranya kita
mengecewakannya? ?
Mahu tidak mahu, kita terpaksa akur, akan lumrah alam
percintaan. Pilihan terletak ditangan kita sendiri. Tanyalah pada
sang hati, jangan pula ditanya sang selera atau sang nafsu, kerana
keduanya hanya memberi janji palsu kepada kamu kelak
Tentukanlah pilihan yang kamu pasti bisa jalaninya…Bak kata
pepatah, “Kalau tidak sanggup dilanda ombak, jangan sesekali berumah
di tepi pantai “. Ertinya, andainya anda tidak sanggup menghadapi
cabaran jangan sesekali berani mengambil risiko.
Keinginan dan apa jua permintaan kita pasti dituruti apabila
kita memilih untuk disayangi oleh seseorang. Setiap masa dan ketika,
hanya akan ada bayangan kita di dalam benak si pencinta So? Anda
mahukan layanan sebegitu? Kalau sudah terdetik kata dihati, “bagus
juga disayangi macam ni…..” , teruskanlah dengan pilihan yang ini…
Namun, andai kata hati berkata “Boleh ke aku hidup dengan dia??” ,
Maka hentikanlah daripada terus menerima pilihan untuk disayangi
Khuatir nanti, suatu ketika kita akan mengecewakan hati si pencinta
pula…
Andai terdetik dihati untuk mencintai seseorang yang belum
pasti menyayangi kamu sepenuhnya dan belum tentu lagi kamu akan
tersenarai dalam “list” pilihan hidupnya, bersiap sedialah teman-
teman!!! Hahaha…
Akan ada beribu rintangan di hadapan kamu nanti yang sedia menanti .
Namun, andainya kamu jenis yang berani mati demi mempertahankan
cinta, teruskanlah dengan pilihan kamu. Teruskanlah dengan
pengorbananmu itu dan rebutlah cinta yang kamu impikan…..InsyaAllah ,
ada cahaya yang menanti dihujung perjalanan kamu kelak
Tiada siapa yang berhak menetapkan pilihan hati kamu, semuanya
berbalik kepada diri kamu sendiri…namun, sedikit tips daripada
saya dan inilah juga yang saya pegang setiap kali terjerat dengan
cinta…
“Ikhlaslah bila menerima cinta seseorang yang benar-benar cintakan
kita, dan janganlah pula berlebihan mencintai seseorang yang kita
belum pasti cintanya untuk kita, dan jangan melebihi cintakan yang
lain daripada cinta kita pada yang di Atas dan diri kita sendiri “….

Friday, June 24, 2011

WANITA IBARAT RAMA RAMA



Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.
Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.
Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.
Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.
Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.
Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.
Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.
Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.
Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.
Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.
Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.
Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

: BENARKAN CINTA ITU MENYAKITKAN


Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar.
Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam berkapel ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.
Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong.
Jadi, sekiranya anda ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta ini tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa.

Thursday, June 23, 2011

THOUGHT OF YOU


When we first meet,
You hold me close in your arms,
Your eyes tell me,
How much you loves me more than just a words.
You smile thro night and day,
As happy as I could ever dream,
I’m longing to touch and kiss your warm softly lips,
When it finally did, I knew I belonged in your arms.
I ve kiss you with all the tear’s
I hold you with all my love and heart,
I meant every words I have said,
I love you more than I could show.
I love you with my very heart and soul,
Love you more than you could ever know,
Soft, gently feelings of love,
That I have from deep within me.
Your voice and your image is with me,
And your love that I dream of,
Someone that would do anything for me,
And I’d do the same for you.
Just when I think of you,I just didn’t know that,
I would miss you as much as I do now,
You have brought something into my life,
Love, tears, joy and good times that we share,
And yes….I Love You more than you could ever know.
Dedicated to someone special, words from my heart.

Tuesday, June 21, 2011

CINTA DAN KAWAN



Pada suatu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam satu kampung…
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga…
Kenapa??
Kerana CINTA itu buta..Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga…
Kenapa??
Kerana… KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !!
Didalam telaga CINTA hilang…
Kenapa??
Kerana… CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga,sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap..Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu..
Kenapa??
Kerana… KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia… kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia

erti persahabatan





kini aku sedar apa itu persahabatan.. 

selalunya orang akan cakap sahabat yang sejati akan berada disisi kita bila kita memerlukan dan bila kita senang kita akan kongsi kegembiraan bersama..tapi tidak semua yang kita harapkan akan terjadi...

ada tu sahabat yang kita rapat tapi diam2 dia tidak suka dengan kita..ada juga kawan yang kita tidak suka akan membantu kita bila kita kesusahan kelak..semua itu kuasa Allah..kita hanya berusaha untuk mendapatkan yang terbaik..

Alhamdulillah Allah bagi aku kelebihan so that aq dapat kenal siapa yang ikhlas berkawan dengan aku dan siapa hanya menjadi udang disebalik batu..aq bukan jenis suka memilih kawan..aku kawan dengan semua tapi pada masa yang sama aku tau yang mana mengerti erti persahabatan

bagi aku persahabatan ini sahabat yang akan membantu aku dalam kesusahan dan bila aku dan dia senang akan kami berkongsi rasa yang sama dan dalam pada masa yang sama saling mengingati satu sama lain agar perhubungan akan diredhai Ilahi bukan hanya dengan persahabatan yang penuh dengan dosa noda dan hawa nafsu yang tidak pernah berhenti menyerang manusia yang hauskan keinginan duniawi semata2...

apa2 pun aku bersyukur kerana mempunyai sahabat yang mempunyai pelbagai perwatakan..dekat sini aku dapat belajar erti kehidupan dalam persahabatan...

Monday, June 20, 2011

MENGUMPAN CINTA BAGAIKAN MEMANCING IKAN


Ada kawan? Rasanya tiada manusia tanpa kawan. Kawan mudah dicari.
Dengan sebentuk senyuman, kawan sudah boleh diperoleh. Dengan teh
secawan di warung, kawan sudah boleh dibentuk.
Nilai kawan dan sahabat jauh berbeza.Jika anda ada teman lelaki,dia
mungkin bergelar kawan, bukan pasangan kekasih. Kena pandai bezakan
dengan kawan, sahabat dan kekasih. Sesetengah orang selesa sebagai
kawan, sesetengah orang ingin dianggap sahabat, sesetengah orang
mahu akhirnya digelar kekasih. Perlu lihat tutur kata pada awal
perkenalan, kadang-kadang pada awalnya lagi sudah dapat diduga
apakah dia ingin jadi kawan, sahabat mahupun kekasih.
Ramai gadis bertanya saya soal ini. Dia sudah berhubung dengan saya
selama setahun, mengapa dia tidak faham apa yang ada dalam hati
saya? Perlukah saya memberitahunya bahawa saya menyayanginya lebih
dari seorang kawan?
Nah! Inilah bahananya jika anda tidak cuba memahami riak wajahnya,
tutur katanya dan sikapnya sepanjang berkawan dengannya. Dia mungkin
menganggap anda sekadar kawan, tetapi anda tidak. Anda menganggap
dia lebih daripada itu. Anda mengharapkan cinta tetapi tidak pernah
memberikan gambaran sedemikian. Maka dia tidak memahaminya. Diam-
diam tanpa pengetahuan anda dia menjalin perhubungan dengan orang
lain. Dan orang itu telah pun bergelar kekasih hatinya.
Ramai gadis kecewa direndam perasaan sendiri. Dia memikirkan lain
dan mengharapkan lain tetapi lain pula yang ada pada diri seseorang
lelaki itu. Kena berikan dia sedikit gambaran bahawa anda tidak
sekadar menganggapnya kawan, tetapi kawan yang istimewa, kawan yang
lebih daripada kawan, dan kawan yang ingin dijadikan kekasih.
Bagaimana melakukannya? Anda boleh hantar SMS berbau kasih. Ia
ibarat melemparkan umpan sewaktu memancing. Jika umpan serasi, akan
mengena. Jika tidak, umpan akan terbiar dibawa arus.
Memancing cinta juga begitu. Kena lemparkan umpan dan lihat apakah
umpan disambar. Anda akan menerima balasan yang hampir serupa. Jika
ayat-ayat power yang diberi, ayat-ayat power juga yang sampai
kembali, itu antara lain tandanya kasih bersahut. Jika kata-kata
berbau kasih, sayang dan cinta yang diberikan, yang diterima kembali
adalah kata-kata yang hampir serupa tandanya umpan anda serasi
dengan selera ikan. Boleh terus memancing, boleh terus menghulurkan
umpan. Hingga akhirnya ikan tersangkut di mata kail, ketika itu
bolehlah tarik joran, pegang dan tangkaplah hasil. Tika itu tidak
perlu berselindung lagi untuk mengatakan bahawa anda menganggapnya
lebih dari seorang kawan. Dia adalah kekasih hati dan orang pujaan.
Ramai gadis menjadi mangsa keadaan. Dia tidak pernah tahu dia tidak
dicintai. Dan tidak pernah tahu dia tidak pernah berada dalam
senarai calon untuk dijadikan isteri. Dia berbaik dengan seorang
lelaki dan membiarkan perhubungan itu berjalan dengan baik,
sedangkan dia menyimpan hati, tetapi si lelaki tidak. Setelah
berkawan hampir sepuluh tahun, usia telah lanjut baru tahu dia tidak
sampai ke situ. Dia hanya berbaik, seorang yang baik dan mahu
berbaik-baik.
Kenapa tidak memberikan gambaran awal supaya mudah mengambil
keputusan, samada meneruskan atau beralih arah.
Bercinta adalah seni. Maka anda perlu menggunakan daya kreativiti
dalam meniti di atasnya. Setiap cinta melalui jalan cerita yang
serupa namun tidak pernah sama. Setiap watak yang melaksanakannya
adalah berbeza maka anda perlu memahaminya. Bacalah peribadinya
seawal perkenalan anda dengannnya.

Sunday, June 19, 2011

CINTA IBARAT MENUNGGU BAS


Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,”Eee… penuhnya… tak de tempat duduk.” Jadik, awak katakan pada diri awak, “Saya akan tunggu bas yg lain.” Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak nengok bas tu dan awak akan cakap, “Eee… bas ni buruk sgt… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.
Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, “Emmm… . tak de air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain.” Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa… awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yang ber aircond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadik, (terutamanya golongan perempuan)lelaki pun samalah mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati “bas” itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi… saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti- nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha… . Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!
Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu… semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!
Moral: marilah kite tunggu bas… tak payah naik kereta…

CINTA SEJATI LANGIT DAN LAUT


Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling
menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut
terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab
sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna
laut.
Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-
kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit
mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak
menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-
merahan.
Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus
jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu
sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya
mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus
asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan
dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah
di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit
dan laut terhadap satu sama lain.
Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut
mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu
pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu
datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan
laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan
awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.
Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-
pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia
tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi
untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa
terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap
langit, awan menangis sedih.
Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat
dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih.
Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon
yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran